Puasa Latih Umat Islam Kawal Nafsu

Puasa Latih Umat Islam Kawal Nafsu

puasa nafsu
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin dunia akan menghormati negara ini jika warga Malaysia berhasil menolak nafsu dari hal-hal buruk.

Beliau berkata, apabila Malaysia dikenal sebagai orang kuat yang menolak nafsu maka secara tidak langsung negara akan mendapat kepercayaan berbagai pihak di seluruh dunia.

“Melalui kepercayaan ini kita akan memperoleh banyak manfaat dan peluang dalam segalanya.

“Ini termasuk, peluang naiknya pangkat kerana hanya orang yang berhasil menolak nafsu akan dipercayai dalam kalangan pejabat dan pemimpin ketika melakukan urusan sehari-hari,” katanya.

Beliau mengatakan dalam pidatonya pada Majelis Bulanan Departemen Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menasihatkan supaya umat Islam mengamalkan sikap mengawal nafsu sepanjang bulan Ramadan.

“Nafsu sentiasa mendorong manusia melakukan perkara dilarang dan tidak baik untuk diri sendiri. Jika ia gagal dikawal kesannya kita akan berdepan banyak masalah.

“Sebagai contoh, sekiranya tidak mampu melawan nafsu ketika dihulurkan rasuah maka kita akan menjadi manusia lemah memandangkan rasuah merupakan gejala yang tidak baik dan dilarang agama,” tegasnya.

Jelas, orang lemah tidak mungkin berhasil kerana kesuksesan hanya milik individu yang kuat terutama dalam melawan nafsu.

“Dalam hal ini, puasa bukan hanya ganjaran pahala, tetapi berfungsi untuk melatih dan membentuk kepribadian kita menuju cara yang lebih baik dan disiplin,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *