Paul Pogba Kisah Meruntun Hati Amal Ajaran Islam

”Solatlah, Ia Tiang Agama”, Paul Pogba Kisah Meruntun Hati Amal Ajaran Islam

Peminat bola sepak pasti mengenali nama Paul Pogba, seorang pemain profesional dari Perancis yang sedang hangat dibincangkan sekarang kerana gosip transfer perpindahannya ke Real Madrid dari Manchester United.

Namun, bukan itu yang ingin dibincangkan kali ini. Akan tetapi, ini adalah kisah yang dikongsikan Pogba tentang bagaimana beliau kembali kepada Islam baru-baru ini.

Meskipun ibunya seorang Muslim, Pogba tidak mengamalkan agama sejak lahir sehinggalah dia mulai kembali mendalami agama beberapa tahun terakhir ini.

Bercakap kepada The Times dalam satu temuramah baru-baru ini, beliau mengakui bahawa hidupnya mula berubah menjadi lebih baik sejak kembali mengamalkan kehidupan seorang Muslim seperti bersolat dan menunaikan haji.

”Menjadi Islam adalah segalanya. Itu membuat saya bersyukur dengan hidup ini dan membuatkan saya terfikir mengenai makna hidup. Saya merasa lebih,” kata Pogba ketika ditanya artinya menjadi Muslim.

“Ia mengubah hidup saya, menjadikan saya berubah kepada seorang yang lebih tenang dan solat jadikan saya insan yang lebih baik. Saya bersyukur atas segalanya,” katanya lagi.

Menurutnya, ketika dia mengalami masa-masa sulit dalam hidupnya beberapa tahun yang lalu, Pogba mengikuti rekan-rekan seimannya dan mulai melakukan kewajibannya sebagai Muslim secara perlahan.

Foto: IG Paul Pogba

Hasilnya, kehidupan beliau beransur-ansur menjadi lebih mudah dan semakin baik dari hari demi hari. Malah baru-baru ini, beliau sempat menunaikan umrah bersama bintang Chelsea, Kurt Zouma di Mekah.

“Saya harus banyak bertanya pada diri sendiri sebelum melakukan kajian sendiri. Suatu hari saya bertekad untuk menunaikan solat bersama teman saya dan kemudian saya merasakan sesuatu yang berbeda.

“Sejak itu saya terus melakukannya. Anda perlu sholat lima waktu sehari, itu adalah salah satu kewajiban terpenting dalam Islam dan Anda wajib melakukannya. Solat adalah pilar agama. “